Apakah
yang dimaksudkan dengan penggunaan terma Discharge Amounting to Acquittal (Dilepaskan
dan Dibebaskan) dan Discharge Not Amounting to Acquittal (Dilepaskan tanpa
Dibebaskan).
Saya
akan cuba terangkan dengan semudah yang mungkin untuk pemahaman umum.
Bila seseorang individu didakwa di Mahkamah atas sebarang perbuatan
yang melanggar undang-undang , tertuduh tersebut dianggap tidak bersalah
sehinggalah dibuktikan bersalah di Mahkamah (Innocent until Proven Guilty) .
Namun, masyarakat kita sering kali terlepas pandang akan penggunaan terma “Innocent
until proven guilty” dan akan menganggap
seseorang itu sememangnya bersalah walaupun tertuduh tersebut masih belum
dibuktikan kesalahannya. Pengguna media sosial sering kali mengutuk tertuduh
tersebut dan percaya bahawa tertuduh
benar-benar bersalah (Trial by Media).
Apabila
seseorang individu didakwa di Mahkamah oleh pihak pendakwa raya, adalah menjadi
tugas pihak pendakwa raya untuk membuktikan kesalahan serta elemen-elemen jenayah tertuduh tersebut di luar
keraguan munasabah (beyond a reasonable doubt) dan diletakkan atas beban bukti yang kukuh dan
nyata untuk membuktikan kesalahanya.
Namun
begitu, jika pihak pendakwa raya tidak dapat membuktikan kesalahan seseorang
tertuduh, maka Mahkamah diperuntukan kuasa di bawah Kanun Prosedur Jenayah untuk melepaskan atau membebaskan tertuduh
tersebut.
Dilepaskan
tanpa dibebaskan (Discharge Not Amounting to Acquittal) tidak bererti tertuduh
tersebut dibebaskan sepenuhnya. Hal ini demikian , pihak pendakwa raya masih
boleh pada bila-bila masa dan dengan sebab dan bukit yang kukuh mendakwa semula
tertuduh tersebut atas kesalahan yang sama.
Hal
ini berbeza pula dengan Discharge
Amounting to an Acquittal yang membawa maksud ‘dilepaskan dan dibebaskan’ . Ini
bermaksud apabila pihak pendakwaraya gagal membuktikan atas dasar prima facie ,seseorang tertuduh akan
didapati tidak bersalah maka tertuduh akan
dilepaskan serta dibebaskan daripada pertuduhan dengan serta-merta.
Dalam
keadaan ini Pendakwa Raya tidak berkuasa untuk mendakwa semula tertuduh atas
pertuduhan yang sama kerana ianya bertentangan dengan prinsip di bawah Perkara
7(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu
“Seseorang
yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali
jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah
membebaskan atau mensabitkannya itu.”
Saya
berharap perkongsiaan di atas sedikit sebanyak dapat memanfaatkan para pembaca
blog ini.
Terima
Kasih.
Joel
Ruben John
LLB (Hons)(London)
CLP
Peguambela dan
Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya

No comments:
Post a Comment